Trending By: Salma Syahbuddin May 13, 2020 @ 9:42am

Fasa Nasihat Dan Amaran Sudah Berakhir, Pihak Gagal Patuhi SOP Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang – MKN

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa nasihat, dan amaran telahpun berakhir. Namun, terdapat orang ramai yang mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Malah, masyarakat seolah-olah mengambil mudah terhadap kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan.

” Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Covid-19 meningkat

“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran,” Katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya masyarakat tidak patuh dengan setiap arahan dan SOP yang telah ditetapkan maka, pihak PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan ini.

Sumber : Google

Dan, kesalahan melanggar SOP ini mengikut Akta 342 adalah, kompaun sebanyak RM1000. Sekiranya kesalahan ini dibawa ke mahkamah, bayaran maksimum RM1000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

“Justeru itu saya ingin ingatkan sekali lagi, kepada mereka yang masih gagal untuk patuhi SOP dan sebagainya, mereka akan berhadapan dengan tindakan undang-undang samada diberi kompaun atau terus dihadapkan di Mahkamah” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 8 May 2022
Trending Thu, 22 Jul 2021
Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Trending Sat, 30 Dec 2017

Hukuman Penjara 13,275 Tahun Siapakah Dia?

hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht di Thailand baru-baru ini

Trending Mon, 3 Feb 2020

Netizen Dedah Kisah Sebenar Disebalik Mayat Lelaki Yang Ditemui Di Sebuah Rumah Bersama Sekeping Nota ‘Misteri’

Rupanya ada ‘kisah seram’di sebalik penemuan mayat lelaki di Tg Karang ni..

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Trending Mon, 12 Jul 2021

Harry Khalifah Bersama 4 Artis Beri Bantu Kepada Golongan Memerlukan

Penyanyi dan komposer, Harry Khalifah bersama Ezad Lazim, Floor 88, Syafiq Farhain dan Danial Zaini mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka menubuhkan Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia (PGMM) untuk membantu mereka […]

Trending Thu, 25 Aug 2022

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior. Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto […]