Categories: Trending

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet.

Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis memaklumkan foto terbabit merupakan strategi untuk dirinya mendapat satu juta pengikut di laman sosial.

“Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang1kurang satu juta pengikut di laman sosial. Road to one million followers,” tulisnya.

Nam Ron yang mempunyai lebih 51,000 pengikut di laman Twitter dan lebih 107,000 pengikut di laman Instagram juga sempat berseloroh mengatakan dia bakal berkongsi foto bogel penuh.

“Foto ‘bugil’ penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022,” tulisnya.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai respons terhadap ciapan terbabit dan entri tersebut mendapat lebih 2,300 ulang ciap.

Sebelum ini, isu melibatkan penerbit, Fadzil Teh yang mempertahankan keputusan stesen televisyen berasaskan penstriman yang mahu pelakon mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial sebagai syarat untuk muncul dalam saluran itu meraih perhatian ramai.

Padin