Categories: Trending

Gangguan Bekalan Air Di Gombak Kini Pulih

Hari ini gangguan bekalan air berjadual membabitkan 20 kawasan di Gombak pulih sepenuhnya hari ini bermula jam 9.30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan proses pemulihan air adalah secara berperingkat.

” Agihan bekalan air ke kawasan yang terjejas dijangka bermula pada jam 9.30 malam pada selasa,” Katanya.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan proses menstabilkan sistem pengeluaran bekalan air sedang berjalan selepas selesainya kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gombak pada jam 6.30 petang tadi.

Air Selangor turut memaklumkan status bekalan air akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi termasuk media sosial di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor serta dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Apapun, pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Salma Syahbuddin