Categories: Trending

“Geram Pula Aku! Tunang Sendiri Pun Tak Nak Pandang Ke?” Sarat Dengan Plot twist, Penjara Janji Buat Netizen Sesak Nafas

Drama rantaian, Penjara Janji yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 ini bukan sahaja sarat dengan plot twistnya yang menyesakkan dada, tetapi juga lakonan yang mantap dari barisan pelakon-pelakon hebat seperti Alif Satar, Azira Syafinaz, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Malah, netizen juga turut memuji jalan cerita drama ini yang dianggap seakan-akan drama Korea kerana berjaya memberikan elemen kejutan, dan ketegangan pada jalan ceritanya membabitkan watak Zulkifli (Fauzi Nawawi), Razlan (Isma Daniel) Rizan (Alif Satar) dan Rozita (Azira Syafinaz).

 

“Aku pula yang emo tengok drama ni…”

Bukan itu sahaja, peminat drama ini nampaknya cukup beremosi apabila Rizan seringkali mengabaikan Rozita demi menjaga kebajikan orang lain.

“Sediakan tisu sebelum menonton gaisss…”

Penuh kejutan dan sarat dengan dendam lama antara watak yang terlibat, maka tidak hairanlah jika drama ini seringkali menuntut air mata penonton setianya.

Wah, penonton pun siap menangis bila tengok Rozita terpaksa berdepan pelbagai ujian melibatkan hubungannya bersama Rizan. Lebih-lebih lagi apabila dugaan tersebut melibatkan kisah lama ayahnya sendiri.

Berbaki satu episod sahaja lagi, drama Penjara Janji pastinya meninggalkan teka-teki buat peminatnya. Adakah hubungan Rizan dan Rozita ini akan berakhir dengan gembira atau sebaliknya? Dan, apakah pula nasib yang bakal menimpa Zulkifli, Sabariah, Zulaikha dan Azam selepas segala konflik yang berlaku antara mereka? Sama-sama kita tunggu okay!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan minggu-minggu terakhir drama Penjara Janji yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di TV3! Serta dapatkan perkembangan terkini mengenai drama-drama terkini di TV3 menerusi Instagram @dramasangat dan @TV3Malaysia.

Salma Syahbuddin