Categories: FeaturedTrending

PKP 6 Daerah Di Selangor Bermula 6 Mei, Ziarah Hari Raya Dibenarkan Pada 1 Syawal Sahaja

Mulai 6 Mei sehingga 17 Mei ,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat dan Sepang. 

Menerusi sidang media harian, Menteri Kanan Pertahanan ,Datuk Seri Ismail Sabri turut berkata rentas daerah dan negeri yang melibatkan enam kawasan ini adalah dilarang.

Walaubagaimanapun, ziarah hari raya di negeri PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja manakala ziarah hari raya di negeri PKPB dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal sahaja. Manakala di kawasan PKPD, ziarah hari raya tidak dibenarkan.

Bagi SOP ziarah hari raya, tetamu yang hadir hendaklah tidak melebihi 15 orang pada satu satu masa .Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri juga tidak dibenarkan di seluruh negara.

Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”