Trending By: Maya Basir November 25, 2023 @ 9:58am

“Hal Yang Tiada Kaitan Pun Sibuk Ambil Tahu” – Intan Salleh Disaman Individu Berkaitan Status Lama?

Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Salleh memberitahu dirinya disaman oleh seorang individu mengenai status hantaran lamanya di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di Instastory, dia membuat keputusan untuk lawan dan menyaman semula individu tersebut.

“Bagi yang bertanya kenapa bonda macam ni, ye bersebab dan sebabnya adalah bonda disaman berkaitan status yang pernah dibuat dulu dan Insya-Allah bonda juga akan membalas dan saman balik,” ujarnya.

Meskipun tidak memaklumkan individu yang menyaman, tetapi Intan seakan memberi gambaran tentang seseorang yang pernah ada sejarah dalam kehidupannya.

“Bagi yang berkata teruskan kehidupan atau sebaliknya, bonda rasa kalian pun sedia maklum bonda sedaya upaya meneruskan kehidupan dengan keluarga dan sedaya upaya ignore segala, sedaya upaya menjaga mental health.

“Tapi itulah dugaan tetap akan datang, selagi kita hidup selagi tu dugaan tetap ada,” katanya.

Menurutnya lagi, individu tersebut sentiasa bercerita mengenai dirinya kepada orang lain.

“Ibarat kitalah punca segala dan apa hal bonda yang tiada kaitan pun sibuk diambil tahu. Habis segala cerita dicerita dekat orang tak sepatutnya. Takpe!

“Maaf buat suami, keluarga dan keluarga mentua kalau ini atau hal yang seterusnya akan memalukan atau sebaliknya.

“Cuma kadang terasa tak adil bila kita semua tak kena!,” jelasnya geram.

Sementara itu di hantaran lain, dia tidak peduli dengan aib yang dihebahkan dan meminta individu itu untuk berdamai dengan diri sendiri.

“Apa pun aib yang cuba dihebahkan Alhamdulillah buat la kalau itu yang kau rasa puas. Bukan cuba tapi memang dah pun.

“Takpe. Buatlah untuk kepuasan diri. Cuma minta satu cubalah berdamai dengan diri sendiri. Lihat diri sendiri,” pesannya.

Terdahulu, Intan dituduh masih tidak ‘move on’ oleh Izreen Azminda kerana memuat naik gambar bekas suaminya, Ude Wahid sekaligus tindakannya itu seakan tidak menghormati suami baharunya, Aizam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

Sebelum ini juga, Intan mendakwa ‘pihak sana’ seronok jaja cerita dan diugut aibnya akan disebarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jaga Mental Tapi Dibuli, Dihina” – Dedah Diugut Sebar Aib, Intan Saleh Anggap ‘Pihak Sana’ Seronok Jaja Cerita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Sep 2022

[VIDEO] “Apa Tahi Kau Letak Muka Aku Ni?” – Buat Rawatan Muka, Reaksi Spontan Mas Idayu Buat Netizen Berdekah!

Alahai… kelakar min tengok reaction Mas Idayu 😂 Nak cantik punya pasal pasrah je la, nanti kahwin confirm berseri-seri ❤️

Trending Mon, 14 May 2018

Tumpuan Media Antarabangsa, Rumah Mantan PM Jadi Popular

Hampir 20 pengamal media yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera ‘berkampung’ berhampiran kawasan kawalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunggu sebarang kemungkinan susulan pelbagai dakwaan dan laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Featured Wed, 13 Sep 2023
Trending Wed, 26 Aug 2020
Trending Thu, 3 May 2018

下雨她来不及收衣…楼上窗户伸出两把伞

很多人都有这样的经验,在阳台晒衣服,忽然一阵大雨,来不及收,衣服被淋湿,于是又要重洗了。不过,中国浙江最近出现一个温馨的画面,有一名老翁看到楼下的衣物还没收,在窗户边默默撑起伞,直到邻居来收衣服。

Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Menghilang, Lama Tak Nampak di TikTok” – Ikut Trend, Gelagat Zizan Razak Buat Warganet Terhibur

Hahaha mmg kelakar lah Zizan ni, netizen pun semua jenis mudah terhibur ye

Trending Fri, 30 Aug 2019

Arca Putrajaya, hasil kerja tangan gadis autistik ini luar biasa cantik!

Wan Jamila hasil lukisan bertemakan Hari kebangsaan

Trending Wed, 31 Mar 2021

Sweet Sungguh! Harris Alif Hadiahkan Lagu Baru Buat Intan Ladyana

Baru saja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, aktres Intan Ladyana pada 5 Februari lalu, penyanyi, pelakon, dan pengacara Harris Alif, 22, pastinya kini diulit kebahagiaan. Demi mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Harris tidak […]