Categories: Trending

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, usaha pindaan mengenai draf cadangan untuk meningkatkan kompaun berkenaan operasi standard (SOP) mempunyai kaitan dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Menurutnya, cadangan tersebut yang sedang disediakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun akan diumumkan oleh beliau sendiri atau Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebaik sahaja mendapat kelulusan.

“Insya-Allah, jika diluluskan, kita akan umumkan, sama ada oleh saya atau Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen. Mungkin menteri undang-undang akan umum sebab ini ada kaitan dengan hal ehwal darurat, jadi kita tunggu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar SOP PKP wajar dinaikkan, susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin