Categories: FeaturedTrending

“Sampai Macam Ni Struggle Nak Teruskan Hidup” – Pengurus Hotel Jual Makanan Harga RM3 Buat Ramai Simpati

Video seorang pengurus sebuah hotel di Pulau Pinang mula tular di media sosial apabila beliau dilihat menjual makanan hotel dengan harga serendah RM3.

Menurut laporan Bernama, pengurus Hotel Red Rock, Jeffery Lim terpaksa hadir dengan inisiatif ini agar pekerja-pekerjanya masih mempunyai pekerjaan dan pendapatan.

Antara menu yang dijual adalah mihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam.

Tindakan pengurus hotel tersebut dilihat sebagai satu usaha murni dan   dipuji ramai kerana beliau sanggup turun padang  membela nasib para pekerjanya.

Untuk info, industri perhotelan dan pelancongan merupakan antara salah satu industi yang terjejas akibat COVID-19. Menurut laporan sebanyak204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun lalu.

Sumber: Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”