Categories: Trending

#JomBantu Buat Kakitangan Utusan Malaysia

UMNO (c) Tun Abdul Razak, Ampang hari ini melancarkan kempen #JomBantu dalam usaha meringankan bebanan yang terpaksa ditangggung oleh hampir 800 kakitangan Utusan Malaysia yang tidak menerima bayaran gaji sejak tiga bulan lalu.

Menurut Ketua UMNO Cawangan Tun Abdul Razak, Mior Azlan Mior Kamarulbaid merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang, jasa media seperti Utusan Malaysia tidak wajar dikuburkan begitu Sahaja.

Peranan kakitangan Utusan keseluruhannya terbukti mendidik masyarakat melalui Penerbitan akhbar ini sejak sekian lama.

Utusan Malaysia yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad merupakan akhbar yang berjasa kepada negara dalam menyalurkan informasi serta maklumat berguna kepada masyarakat.

Sebelum ini, kakitangan syarikat tersebut mengadakan perhimpunan aman di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad bagi menggesa pihak syarikat melunaskan gaji dan bayaran bekas pekerja skim pemisahan sukarela (VSS) yang tertunggak.

Terbaharu difahamkan, syarikat tersebut bercadang membentikan cetakkan akhbarnya bermula Rabu ini sehingga satu tarikh yang tidak didedahkan.

Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh disalurkan terus ke akaun NUJ MALAYSIA di nombor akaun 8000822560 (CIMB Current Acc) atau
8000367100 ( CIMB National Union of Journalist )

SGMS Enal