Categories: Trending

Jumpa 19 Bangkai Kucing & Sampah Bertimbun Sampai Ke Siling Rumah

Lebih daripada 60 ekor kucing dijumpai di sebuah rumah paling kotor di Amerika dengan 19 daripadanya telah mati. Bangkai kucing tersebut ditemui di bawah timbunan sampah sarap yang memenuhi ruang di dalam rumah itu.

Gambar-gambar yang mengejutkan telah dikongsi oleh pasangan, Tamara Bender dan Jeremy yang menjalankan perkhidmatan membersihkan rumah.

Menurut Tamara, penemuan kesemua kucing itu merupakan kes ‘hoarding’ yang paling teruk pernah ditemuinya.

“Rumah tersebut mempunyai lima bangsal lain di atasnya dan satu rumah bergerak yang dipenuhi dengan timbunan sampah hingga ke syiling rumah.

“Anda harus bersedia dari segi mental dan berehat atau pergi membeli belah untuk cuba melupakan apa yang anda telah lihat.

“Tuan ruamh ini tidak tahu kucing-kucingnya telah mati namun ia jelas boleh dilihat,” kata Tamara.

Selepas menyelamatkan baki kucing yang masih ada dan membawa mereka ke pusat jagaan haiwan, Tamara dan Jeremy juga mengambil seekor kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan mereka.

Pasangan tersebut telah menangani beribu rumah yang kotor di seluruh Amerika yang memperlihatkan kebanyakan tuan rumah sukar untuk ‘melepaskan’ sampah-sampah tersebut.

Sumber: The Sun

SGMS Enal