Categories: Trending

Kantoi Lagi? Kali Ini Drama Bukan Cinta Aku Jadi Bahan Lawak Netizen

Selepas drama Pujaan Hati Kanda, kali ini drama Bukan Cinta Aku pula menjadi bahan bualan netizen apabila salah satu scene dalam drama tersebut menunjukkan Syafiq Kyle dan Janna Nick menghantar Baim Wong ke sebuah hospital yang kononnya berada di Indonesia namun, ianya hanya dilakonkan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu.

Hal ini disedari oleh golongan netizen apabila logo dalam poster tersebut tertera tulisan Hospital Pakar Kuala Terengganu. Ianya juga turut di muat naik menerusi laman Facebook Kuala Terengganu Post yang nampaknya menegur kecuaian pihak produksi dalam hal ini.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mempertikaikan tentang kesalahan yang kerap kali berlaku dalam cerita-cerita Melayu kita sehingga ada yang menganggap ceita melayu sudah tidak relevan untuk di tonton.

Haih, apapun kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku okay! Mungkin dengan teguran netizen ni dapat menjadikan drama dan filem yang bakal ditayangkan lebih bermutu dengan hasil kerja yang lebih baik.

 

Salma Syahbuddin