Categories: Trending

Kebenaran Perjalanan Bekerja Semasa Total Lockdown Perlu Dibuat Oleh MITI

Sidang Khas yang dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memutuskan agar surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI).

Permohonan baharu kebenaran perjalanan untuk bekerja

Justeru itu, surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan oleh kerajaan yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal bermula 1 Jun 2021.

Bagi pekerja dan sektor yang terlibat dibenarkan beroperasi, permohonan kebenaran perjalanan baharu perlu dikemukakan semual melalui ;

  • Portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0

Bagi yang sudah mendaftar di CIMS 3.0 sebelum ini dan syarikat anda adalah di dalam sektor yang DIBENARKAN BEROPERASI, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut notification.miti.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN : Semak Senarai 17 Sektor Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang ‘Total Lockdown’

 

Salma Syahbuddin