Categories: FeaturedTrending

Permohonan Program Subsidi Upah Dilanjutkan Sehingga…

Berikutan pelaksanaan total lockdown, Kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh pemberian bantuan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan .

Bagi pelanjutan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion untuk disalurkan kepada majikan yang terkesan, terhad kepada 500 orang pekerja bagi setiap permohonan kepada PERKESO.

Pemberian insentif ini dijangka akan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 220,000 majikan di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, PERKESO akan melanjutkan tarikh akhir permohonan PSU dari 30 Jun 2021 ke 31 Julai 2021.

Subsidi ini akan dipanjangkan secara automatik kepada majikan yang telah memohon di bawah PSU 3.0.

Mereka hanya perlu mengemaskinikan senarai pekerja sebelum 15 haribulan pada bulan yang berkenaan.

Bagi majikan yang telah memohon PSU 1.0 atau PSU 2.0, tetapi tidak PSU 3.0, mereka perlu membuat pemohonan baharu di bawah PSU 3.0.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”