Categories: Trending

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini.

Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal disiarkan secara langsung pada 18 Disember 2021, jam 9 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

ADS 2021 yang dibawakan oleh foodpanda selaku penaja ini juga akan disiarkan secara strim langsung di tonton dan YouTube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL) pada waktu yang sama.

Nantikan kemeriahan malam anugerah ini yang akan digamatkan oleh dua pengacara utama iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce.

Azhan Rani, Izzue Islam, Nabila Razali, Redza Rosli, Sharifah Rose, Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Zul Ariffin, Fify Azmi, Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Hisham Hamid dan Scha Elinnea bakal menghangatkan malam ADS 2021 sebagai penyampai anugerah.

Kemeriahan berganda dengan persembahan-persembahan hebat daripada selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Khai Bahar, Cassia, Cat Farish, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Stacy, Ismail Izzani, MK dan Noki.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, ADS 2021 diadakan sebagai penghargaan kepada warga produksi.

“Mereka telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan di Malaysia.

“Pada masa sama memberi peluang kepada semua di luar sana untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada artis-artis kesukaan mereka serta pengkarya seni yang berjaya menambat hati mereka yang sememangnya “kaki drama” menerusi drama-drama yang dipertandingkan.

“Dalam 11 kategori yang dipertandingkan, terdapat dua kategori utama yang dinanti-nantikan iaitu kategori Drama Popular dan Drama Terbaik. Drama Popular mendapat undian 100 peratus daripada penonton manakala Drama Terbaik pula merupakan 100 peratus undian juri.

“Malam anugerah ini nanti, kita akan dapat lihat adakah drama yang menjadi bualan hangat berjaya meraih anugerah Drama Terbaik,” katanya.

Sementara itu, Bernard Chong, Pengarah Pemasaran foodpanda berkata, buat julung kalinya, foodpanda dan Media Prima Berhad bekerjasama untuk ADS 2021.

“Kami sentiasa menyokong industri drama tempatan kita dan teruja dapat sama-sama memeriahkan suasana Anugerah Drama Sangat yang julung kali diadakan ini. Untuk penonton TV3 dan peminat Drama Sangat, nantikan pelbagai kejutan daripada kami. Jom saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 di TV3, 18 Disember ini,” katanya.

Drama yang tercalon di dalam Anugerah Drama Sangat 2021 ini adalah drama yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Jun 2021.

Antara drama-drama hebat yang tersenarai dalam Anugerah Drama Sangat 2021 ialah 7 Hari Mencintaiku 2 (SR One Sdn Bhd), Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production Sdn Bhd), Takdir Yang Tertulis (Radius One Sdn Bhd), Budak Tebing (Country & Universal Sdn Bhd), Sabarlah Duhai Hati (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd), Tak Sempurna Mencintaimu (Zeel Production Sdn Bhd), Bidadari Salju (Primeworks Studios & A. Aida Production Sdn Bhd), Kampung People 2 (KL Motion Pictures Company Sdn Bhd), Pink Smile (Creative Skill Solution Sdn Bhd) dan Hati Yang Tersakiti (Art Ornament Sdn Bhd).

11 kategori dipertandingkan menerusi Anugerah Drama Sangat 2021 yang julung kali dianjurkan ini.

Bagi kategori undian online, ia telah berlangsung pada 1 Oktober dan berakhir pada 20 November lalu.

Berikut adalah senarai yang dipertandingkan dan juga penilaian undian. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.xtra.com.my/anugerahdramasangat .

1. Drama Terbaik (undian juri 100%)
2. Drama Popular (undian online 100%)
3. Pengarah Terbaik (undian juri 100%)
4. Penulis Skrip Terbaik (undian juri 100%)
5. Pelakon Lelaki Terbaik (undian juri 60% / undian online 40%)
6. Pelakon Wanita Terbaik (undian juri 60% / undian online 40%)
7. Pelakon Antagonis Terbaik (undian juri 60% / undian online 40%)
8. Pasangan Drama Terbaik (undian online 100%)
9. OST Terbaik (undian online 100%)
10.Drama Adaptasi Novel Terbaik (undian online 100%)
11. Babak Tular Drama Terbaik (undian online 100%)

Untuk menghangatkan lagi suasana Anugerah Drama Sangat 2021, YouTube TV3 Malaysia turut menyiarkan babak-babak viral yang menjadi sebutan netizen menerusi lakonan semula (parodi) dalam empat episod.

Antara drama terlibat dalam Parodi Drama Dalam Drama ini adalah Kampung People 2, Takdir Yang Tertulis, 7 Hari Mencintaku 2 dan Adellea Sofea.

Anugerah Drama Sangat 2021 juga mempunyai muzik video dan lagu tersendiri berjudul Drama Sangat yang diilhamkan oleh Shazee Ishak dan dinyanyikan oleh Stacy, Ismail Izzani dan Noki.

Anugerah Drama Sangat 2021 turut anjurkan sesi santai menerusi ‘IG Live’ Ada Apa Belakang Skrin bersama penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon – pelakon seperti jadual di bawah:

8 Disember (9.00 malam) bersama Fadzil Teh
9 Disember (8.30 malam) bersama Wan Hasliza
11 Disember (9.00 malam) bersama Shahrulezad Mohameddin dan Nad Zainal
13 Disember, pukul 8.30 malam bersama Jamal Khan
14 Disember, pukul 8.30 malam bersama Feroz Kader dan Jalena Rejab
15 Disember, pukul 8.30 malam bersama Shuhaimi Lua
16 Disember, pukul 8.30 malam bersama Pali Yahya dan Amyra Rosli

Anugerah Drama Sangat 2021 diterajui oleh pengurus projek Russell Mark Rodrigues, penerbit eksekutif Intan Noorbaizura Aliuddin dan penerbit Aeizul Reeza Ismail.

Jangan lupa saksikan malam Anugerah Drama Sangat 2021 yang dibawakan secara langsung di TV3 oleh foodpanda pada 18 Disember 2021 pada pukul 9.00 malam. Untuk mendapatkan info terkini berkaitan Anugerah Drama Sangat, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat dan #LagiDramaLagiRasa untuk menghangatkan perbualan di laman sosial!

Padin