Categories: Trending

Kembali Untuk Musim Terbaharu, Jangan Lupa Saksikan Lagu Cinta Kita 3 Malam Ini!

Lagu Cinta Kita 2 telah mencatat rekod kadar tontonan yang tinggi dan trending ketika bersiaran pada era pandemik Covid-19 tahun lepas.

Selepas program itu melabuhkan tirai, finalis-finalis juga mula mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air dan menerima sambutan yang menggalakkan.

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia kembali dengan musim ke-3 di TV3 bermula malam ini, 31 Oktober 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam selama 8 episod.

Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja. LCK3 menggandingkan dua selebriti popular sebagai pasangan hos iaitu Kamal Adli dan Ain Edruce. Program ini mengekalkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap dan mereka akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod. Penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, kejayaan musim lalu yang memperlihatkan beberapa finalis berjaya mencaturkan kerjaya seni mereka.

“Lihat sahaja finalis seperti Nadeera Zaini, Khareez Kasbah, Ahmad Adly dan Ratu Balqis, mereka mula mengatur langkah dalam bidang seni. Lagu Cinta Kita merupakan program yang unik dimana kami menampilkan peserta-peserta yang berbakat dalam nyanyian untuk disatukan menerusi pilihan lagu dan irama.

“Selain persembahan duet di atas pentas, mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Untuk musim baharu ini, kami ingin mempersembahkan sisi personaliti para peserta yang lebih menarik buat tatapan penonton. Program ini juga membuka peluang kepada rakan-rakan penaja untuk bekerjasama dengan kami dalam pendekatan yang lebih kreatif dan berkesan,” katanya.

Seperti musim lalu, para peserta Lagu Cinta Kita tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Pencarian peserta musim ketiga telah berlangsung secara atas talian dari 24 Julai 2021 hingga 25 September 2021.

Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang dan sedang mencari cinta, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video nyanyian di akaun Instagram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita3.

Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Di pusingan awal LCK3, 20 peserta akan dipadankan kepada 10 pasangan duet di episod 1 & 2. Mereka dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza.

Mereka memerlukan undian daripada juri tetap dan juga juri awam untuk mengalihkan pemisah di antara pentas mereka. Barulah para peserta dapat melihat wajah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Para peserta akan berhadapan dengan sesi penyingkiran di setiap episod.

Juara Lagu Cinta Kita 3 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000 dan tempat ketiga berjumlah RM 20,000.

Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dan TV3 dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja, Hot FM sebagai rakan radio rasmi serta Oh Bulan & Xtra sebagai rakan digital.

Saksikan Lagu Cinta Kita 3 bermula 31 Oktober 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam atau strim live secara HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Padin