Categories: Trending

Kenalkah Anda Dengan Model Rokok Marlboro?

Seorang penternak serta dermawan yang pernah menyerikan kotak rokok jenama Marlboro walaupun dia didakwa tidak pernah merokok seumur hidupnya telah dilaporkan meninggal dunia.

Robert ‘Bob’ Norris telah meninggal dunia di usia 90 tahun semasa dalam penjagaan Pikes Peak Hospice di Colorado Springs, Colorado, pada 3 November lalu.

Norris yang tidak pernah merokok seumur hidupnya telah membintangi iklan yang dikeluarkan Marlboro selama 14 tahun.

Norris memutuskan untuk menamatkan kontrak lumayan sebagai lelaki Marlboro selepas dia merasakan bahawa dia tidak menunjukkan teladan yang baik untuk anaknya.

Selain dirinya, lima lelaki lain yang pernah menjadi lelaki Marlboro telah meninggal dunia akibat daripada tabiat rokok yang kronik sehingga menghidapi kanser.

Sumber: CNNSinar Harian

SGMS Enal