Trending By: SGMS Faida October 19, 2018 @ 12:32pm

Kes Langgar Lari, Empat Pelajar Universiti Ditahan!

Empat suspek kes langgar lari hingga menyebabkan kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Alpha Dragam di Mahkamah Sepang di sini, hari ini.

Empat suspek terbabit iaitu seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun, dua lelaki Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah tiba di Mahkamah Sepang jam 9.30 pagi.

Penahanan mereka dibuat kira-kira jam 12 tengah malam tadi membabitkan suspek warga Yaman di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya membabitkan dua warga Libya dan seorang wanita.

Berikutan itu, sebuah kereta Hyundai berwarna perak yang disyaki terbabit dengan kes berkenaan turut dirampas.

Semua tangkapan membabitkan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya dan seorang daripada lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu ketika kemalangan.

Kelmarin, penolong pengurus sebuah syarikat telekomunikasi di Cyberjaya, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang cedera parah dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya jam 7.34 petang disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 4 pagi semalam.

Mangsa dirempuh kereta model Hyundai nombor pendaftaran BHS 7999 sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial yang mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa.

Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

Susulan itu pihak polis berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Berita lanjut, tonton Buletin Utama jam 8 malam ini di TV3. -BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Apr 2022

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Terus trending di twitter #JusticeForBella

Trending Mon, 25 Jun 2018

Pergi Tak Kembali, Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Meninggal Dunia

Menurut anaknya, Hajah Rahmah sudah lama tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan kuih keria ekoran masalah kesihatan, namun masih memantaunya. 

Trending Wed, 30 Sep 2020
Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin […]

Trending Fri, 12 Feb 2021

2 Jam Dilancarkan, Album Terbaru Dayang Nurfaizah Daki Tangga Pertama di iTunes

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang meletakkan album klasik terbarunya, Belagu di tangga nombor satu carta iTunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam. Album studio terbabit yang menghimpunkan khazanah […]

Trending Wed, 3 Jun 2020

Kini Laluan Masuk Ke Sabah Sudah Mula Dibuka

Ini pastinya berita gembira buat warga Sabah yang bekerja di Semenanjung

Trending Mon, 21 Jun 2021

Lagu Kesetiaan Jadi ‘OST’ Video Cemas Pintu ATM Tertutup, Siti Sarah Nak Bagi Hadiah Kepada Pemuda Viral!

Penyanyi Siti Sarah mahu memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM). Potongan video memaparkan aksi pemuda yang hampir terperangkap itu […]