Categories: Trending

Ketiadaan Meghan pada ulang tahun kelahiran Kate, jadi tanda tanya!

Ini masalanya apabila dua puteri jelita tinggal di bawah satu bumbung.

Sebelum ini, mungkin seorang saja yang diberi perhatian, tetapi sekarang sudah ada saingan.

Begitulah kisahnya, membabitkan dua puteri England, Kate Middleton dan Meghan Markle.

Selepas khabar angin mengenai perbalahan antara Meghan Markle dengan Kate Middleton bertebaran, laporan baharu mendakwa Duchess of Sussex tidak dijemput hadir ke sambutan ulang tahun kakak iparnya itu, minggu lalu.

Kate menyambut ulang tahun ke-37 baru-baru ini dan meraikannya secara tertutup bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah mereka di Anmer Hall, Sandringham.

Foto: celebrityinsider.org

Bagaimanapun, dua figura penting iaitu Putera Harry dan Meghan tidak kelihatan dalam majlis berkenaan, lapor Mail Online.

Secara tidak langsung,  ini mengundang tanda tanya dan menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua puteri itu tidak sebulu angin.

Berdasarkan ulasan yang pernah dibuat kebanyakan media cetak dan elektronik, kedua-dua puteri itu memiliki peribadi dan personaliti yang berbeza, malah Kate dikatakan berasa terancam dengan kehadiran Meghan.

Satu laporan lain pula mengatakan, Meghan sukar untuk membiasakan diri dengan peraturan istana dan suka bertindak mengikut caranya sendiri sehingga membuatkan Kate kurang selesa dengan sikapnya.

Begitu pun, Kate dan Meghan kelihatan mesra pada sambutan Krismas lalu.

 

Sumber: Mirror UK

 

Yanie Baharom