Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Heboh di media sosial sejak semalam mengenai seorang lelaki yang mengakui menggunakan dua anak kandungnya sebagai hamba seks sejak berusia 7 tahun.

Terkini, pihak Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka menetapkan hukuman penjara keseluruhan selama 428 tahun dan 240 kali sebatan.

Tertuduh berusia 56 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii, amang seksual serta mengugut bunuh isteri dan anak-anaknya.

Menurut Hakim Nariman Badruddin, difahamkan hukuman penjara tersebut berjalan serentak secara berperingkat dan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun serta 24 sebatan maksimum.

Memerik laporan Berita Harian, detik hitam yang menimpa dua beradik itu mula berlaku sejak 2015 namun terbongkar selepas isteri mangsa melihat dengan matanya sendiri bapanya sedang merogol anak kedua berusia 15 tahun pada 5 September lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang penyelia syarikat pemegang pelaburan sudah mempunyai dua isteri dan kerap melakukan perbuatan terkutuk itu di atas tangga, sofa ruang tamu, bilik kelamin dan bilik tidur mangsa.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi