[VIDEO] “Multi Talented” – Netizen Terhibur Dengan Panggilan Video Ernie Zakri & Syamel

Pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel mencuit hati netizen ketika mereka berdua sedang membuat panggilan video di TikTok.

Menerusi perkongsian @sarangspider di TikTok, Ernie bertanyakan Syamel sama ada dia ada membelikan sesuatu buatnya.

“Ayang ada belikan untuk I apa-apa tak?,” tanya Ernie.

Kemudian, Syamel berpura-pura seperti panggilan itu ‘lag’ yang kononnya disebabkan rangkaian internet yang lemah.

@sarangspiderCara mengelak jawab soalan girlfriend bila video call 🤣

♬ original sound – sarangspider

Melihat video seakan-akan ‘lag’, Ernie tergelak besar melihat telatah suaminya yang sengaja berbuat demikian untuk mengelak daripada menjawab soalan tersebut.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua yang sangat mencuit hati ini.

“Sumpah lawak.

“Masalahnya menjadi pulak ‘lag’ nya tu haaa.

“Multi talented. Boleh nyanyi, boleh berlakon, boleh buat lawak,” komen netizen.

Maya Basir