Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hafiz dan sahabat berpelukan di hadapan Kaabah seraya mengingati salah seorang sahabatnya yang telah pergi.

“Kita susah sama-sama, sedih sama-sama, jangan simpan sorang-sorang.

“Sorang dah pergi dah, so kalau ada antara kita siapa yang susah mesti kena salah seorang kena tolong.

“Tapi kalau salah seorang daripada kita ada yang sedih, mesti salah seorang daripada kita kena kasi happy. Loh dak tak ada dah, ni je yang aku ada,” kata Hafiz.

Sementara itu, Hafiz sempat mengucup ketiga-tiga sahabatnya membuatkan netizen menjadi terharu dengan sifat yang ditampilkan oleh Hafiz.

Meninjau ke ruangan komen wargamaya sebak melihat hubungan persahabatan Hafiz bersama sahabatnya dan mendoakan agar ikatan yang terjalin itu berkekalan hingga ke Jannah.

“Kawan yang baik adalah rezeki.

“Alhamdulillah ikatan persahabatan sampai ke syurga.

“Allah sedihnya, sahabat susah senang untung kamu, saya hilang semua sahabat saat saya kehilangan kerja 2020,” komen warganet.

Halimey Zamal