“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan.

@izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba.

♬ original sound – Umer baba

Menerusi perkongsian di TikTok, Izara memuat naik gelagat Irisa dan Adib saling berbalas ciuman antara satu sama lain.

“No man will ever love her more than her baba,” tulis Izara

Hasil tinjauan ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat hubungan seorang anak bersama bapa dan ada juga warganet memuji kecomelan Irisa yang tak tumpah seperti ibunya.

“Cinta pertama anak perempuan adalah ayahnya.

“Momen paling indah bagi seorang isteri dan ibu, apabila melihat pasangannya iaitu ayah kepada anaknya melayani anak-anak.

“Bertuahnya anak yang ada ayah, anak-anak saya tak pernah rasa sentuhan seorang ayah. Moga Allah kurniakan suami yang penyayang untuk anak-anak saya, amin,” komen peminat.

Halimey Zamal