Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai.

Perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok milik @ciknurul06, memaparkan Ustaz Abdullah menyuruh warganet mengamalkan Surah Al Kautsar supaya dapat menghindari musuh yang berniat jahat.

“Siapa suka baca Surah Al Kautsar, musuh tak suka kat kita.

“Sebab itu saya beritahulah kalau siapa yang duduk kat rumah, kadang jiran-jiran tak suka dekat kita, tuan-tuan banyaklah baca Surah Al Kautsar.

“Sebab apa? insya-Allah tuan-tuan orang akan tengok kita orang akan suka kat kita. Bukan suka maksud berkenan dengan kita tapi dia akan jadi seolah-olah macam nak jadi kawan.” ucapnya.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memberitahu Al Kautsar adalah surah pilihan yang sering dibaca terutama ketika solat dan ada juga yang berterima kasih atas amalan untuk mengelakkan permusuhan tersebut.

“Saya selalu baca surah ni dalam solat, Alhamdulillah.

“Terima kasih Ustaz, semoga jadi amalan buat kita semua.

“Alhamdulillah, surah ini sentiasa bermain di bibir walaupun ketika basuh beras dan bila-bila masa sahaja.” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 359,000 tontonan dan lebih 32,000 tanda suka.Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai.

Perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok milik @ciknurul06, memaparkan Ustaz Abdullah menyuruh warganet mengamalkan Surah Al Kautsar supaya dapat menghindari musuh yang berniat jahat.

“Siapa suka baca Surah Al Kautsar, musuh tak suka kat kita.

“Sebab itu saya beritahulah kalau siapa yang duduk kat rumah, kadang jiran-jiran tak suka dekat kita, tuan-tuan banyaklah baca Surah Al Kautsar.

“Sebab apa? insya-Allah tuan-tuan orang akan tengok kita orang akan suka kat kita. Bukan suka maksud berkenan dengan kita tapi dia akan jadi seolah-olah macam nak jadi kawan.” ucapnya.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memberitahu Al Kautsar adalah surah pilihan yang sering dibaca terutama ketika solat dan ada juga yang berterima kasih atas amalan untuk mengelakkan permusuhan tersebut.

“Saya selalu baca surah ni dalam solat, Alhamdulillah.

“Terima kasih Ustaz, semoga jadi amalan buat kita semua.

“Alhamdulillah, surah ini sentiasa bermain di bibir walaupun ketika basuh beras dan bila-bila masa sahaja.” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 359,000 tontonan dan lebih 32,000 tanda suka.

Halimey Zamal