Nasihat Netizen Sabar Tempuhi Dugaan Dunia, Ustaz Wadi Anuar Tekankan Tak Perlu…

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar bersabar dengan segala ujian hidup di dunia kerana ianya bersifat sementara.

Video yang dikongsikan oleh @mfazzy di laman TikTok memaparkan Ustaz Wadi menegaskan supaya tiada rasa dengki mahupun iri hati terhadap kesenangan orang lain kerana dugaan setiap manusia itu berbeza.

“Tak ada benda yang tuan-tuan perlu dengki dan iri hati dengan orang lain.

“Allah bagi dia tampan Allah bagi dia cantik, 60 tahun sahaja. Tak perlu dengki kerana dalam syurga tiap-tiap ahli syurga itu tampan dan cantik.

“Bersabarlah wahai umat Nabi Muhammad S.A.W atas keperitan menjalani hidup di dunia sebab suatu hari nanti kalian akan menjadi raja dalam syurga,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet berdoa agar mereka ditempatkan di syurga dan berharap sentiasa berada di bawah lindungan dan pelukan cinta-Nya.

“Semoga kita sentiasa terpelihara.

“Ya Allah, masukkanlah diriku ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab dan diazab.

“Ya Allah, ajarkan aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang tanpa harus iri hati dan dengki terhadap sesiapa.” tulis netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 272,000 tontonan dan lebih 44,000 tanda suka.Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar bersabar dengan segala ujian hidup di dunia kerana ianya bersifat sementara.

Video yang dikongsikan oleh @mfazzy di laman TikTok memaparkan Ustaz Wadi menegaskan supaya tiada rasa dengki mahupun iri hati terhadap kesenangan orang lain kerana dugaan setiap manusia itu berbeza.

“Tak ada benda yang tuan-tuan perlu dengki dan iri hati dengan orang lain.

“Allah bagi dia tampan Allah bagi dia cantik, 60 tahun sahaja. Tak perlu dengki kerana dalam syurga tiap-tiap ahli syurga itu tampan dan cantik.

“Bersabarlah wahai umat Nabi Muhammad S.A.W atas keperitan menjalani hidup di dunia sebab suatu hari nanti kalian akan menjadi raja dalam syurga,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet berdoa agar mereka ditempatkan di syurga dan berharap sentiasa berada di bawah lindungan dan pelukan cinta-Nya.

“Semoga kita sentiasa terpelihara.

“Ya Allah, masukkanlah diriku ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab dan diazab.

“Ya Allah, ajarkan aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang tanpa harus iri hati dan dengki terhadap sesiapa.” tulis netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 272,000 tontonan dan lebih 44,000 tanda suka.

Halimey Zamal