Gadis Sebak Dapat Pulang Ke Tanah Air Selepas Dua Tahun Tanggung Rindu

Berkhidmat sebagai barisan hadapan semasa pandemik sememangnya tidak mudah.

Bukan sahaja sibuk dengan tugasan yang perlu dipikul malah terpaksa tinggal berjauhan dan menanggung rindu terhadap keluarga.

Itulah yang dilalui oleh seorang gadis yang bekerja sebagai jururawat di Singapura apabila dapat melepaskan kerinduannya setelah dapat pulang ke tanah air tercinta.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna yang bernama @trcyjntm, dia berkongsi keterujaannya selepas dua tahun tidak bertemu keluarga akibat wabak yang melanda dunia.

Dalam video tersebut, gadis itu kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika berada di dalam pesawat selain mengakui tugas sebagai barisan hadapan bukanlah sesuatu yang mudah.

Bagaimanapun, selepas tiba di tanah air, gadis itu hanya dapat melihat keluarganya tetapi tidak dapat memeluk mereka.

Gadis yang berasal dari Sarawak itu perlu menjalani kuarantin terlebih dahulu untuk memastikan dirinya bebas dari Covid-19.

“Terima kasih atas jasa dan pengorbanan”

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen turut berasa sedih apabila melihat pertemuan semula keluarga itu. Malah, banyak komen dari warga Singapura mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan gadis itu.

“and to all Malaysians, welcome home” – Pilot faham tugas

Malah, apa yang lebih menyayat hati adalah apabila juruterbang mengumumkan ‘and to all Malaysians, welcome home’ kepada penumpang di dalam pesawat itu.

Video yang dimuat naik semalam itu telah meraih lebih 900,000 tontonan dan tanda suka sebanyak 138,600 setakat ini.

@trcyjntm

you made it, tracy ❤️

♬ To the Bone – Pamungkas

Marcella