Gara-Gara Enggan Pakai ‘Mask’, Wanita Warga Asing Tak Dibenarkan Masuk Butik Mewah.. Netizen Pun Turut Naik Hantu!

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, seorang wanita warga asing mengamuk di sebuah butik jenama mewah selepas dilarang memasuki premis itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Malah, beberapa petugas butik itu juga dilihat bertengkar dengan wanita itu dan memintanya untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun yang berada di butik berkenaan ketika insiden itu berlaku telah berkongsi video kejadian terbabit.

“Sedang beratur di Dior KLCC, tidak boleh masuk tanpa pelitup muka, wanita ini mahu masuk juga dan menyifatkan individu memakai pelitup muka sebagai komunis.

“Tahniah kepada petugas butik itu dan buat @Khairykj dan @KKMPutrajaya, cari dan saman dia,” ciapnya tadi.

Melalui dua video tular yang dikongsikan di Twitter, wanita itu meminta staf butik terbabit untuk tidak melarangnya masuk memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara bebas.

“You can’t stop me, it a free country, do you know me shocked (awak tidak boleh hentikan saya, ini negara bebas, awak tahu saya terkejut),” kata wanita itu.

“Masuk Dior mampu, beli ‘mask’ tak mampu.”

Ramai pengguna media sosial turut marah dengan perbuatan wanita warga asing itu yang cuba untuk mencabar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Marcella