Kisah Viral By: Padin December 23, 2022 @ 4:51pm

Gara-Gara Isu Foto Depan SIRIM, Jualan Skin Dessert Terjejas… Pengasas Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

“Jualan produk sangat terjejas, turun sehingga 60 peratus.”

Demikian kenyataan pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah berkenaan isu melibatkan foto dimuat naik di hadapan pejabat Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang menimbulkan kontroversi, baru-baru ini.

Pada 4 Oktober lalu, Zira telah memuat sekeping gambar dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan gambar mengatakan salah satu produknya Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk.

Namun begitu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka menulis komen dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk keluaran mereka.

Menurut Zirra, selain jualan yang turun mendadak, isu itu turut memberi kesan negatif kepada emosi dan mentalnya.

“Dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini, bermula kontroversi hangat diperkatakan sehingga kini, jualan yang selalunya boleh mencecah jutaan ringgit hanya mampu catat jualan puluhan ribu ringgit sahaja.

“Selain itu, saya menerima segala kecaman netizen serta mesej ugutan. Paling teruk, ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” kata Zirra.

Ekoran itu, jenama itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan memberi kesan buruk terhadap bisnes yang dijalankan.

Menurut peguam mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.

“Komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan pihak kami sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, ejen serta pengguna terhadap jenama ini.

“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi jenama ini ada agenda tersembunyi dan ia tidak boleh dipercayai,” jelasnya.

Tambah Nazuha, pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan.

Ia berhubung dengan situasi pihak peguam yang mewakili institut itu masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.

“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 23 Dec 2022

Bahasakan Netizen Persoalkan Kenapa Mangsa Banjir Tak Pindah Awal, Ramai Puji Sajat

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman sering melayan karenah pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @hazrinempire, Sajat sedang menjawab persoalan pengikutnya yang memarahi segelintir […]

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Thu, 6 Oct 2022