Categories: Kisah ViralTrending

Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar mengesahkan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mati dibunuh selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Memetik laporan Kosmo Online, Hussien berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera di bahagian leher dan badan.

“Kita buka kertas siasatan mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” ujarnya.

Mayat Zayn ditemui malam tadi dalam keadaan mengiring di sebuah anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, Apartment Idaman, Damansara Damai selepas hilang lebih 30 jam sejak tengah hari kelmarin.

Sebelum ini, ibu Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, 28 reda atas kepergian anak syurganya itu.

Terdahulu, Ismanira dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.

Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

Artikel Berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

Sumber: Kosmo

Aqilah Paharuzi