Categories: Kisah Viral

Hilang Kerja, Punca Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Pulang Ke Kelantan

Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi bantuan!

Itu antara kata-kata yang diucapkan oleh pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Noor yang viral di media sosial semalam apabila beliau nekad untuk berjalan kaki pulang ke Kelantan.

Tindakan pemuda berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah itu dikatakan berjalan lebih 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kelantan selepas mendapati pengangkutan bas expres di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi akibat PKP.

Muhamad Noor pada asalnya mahu pulang mengikut jalan yang biasa digunakan iaitu melalui Lebuhraya Karak, namun sesat sehingga melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tiba di Ipoh, Perak petang semalam.

Menurutnya lagi, sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS, dia cuba menumpang lori untuk menumpang balik, namun gagal.

Sehinggalah, ada anggota bomba yang bersimpati dan mahu menghantarnya sehingga ke Gerik, memandangkan kisah pemuda berkenaan telahpun tular di media sosial.

Lelaki itu turut memaklumkan pada jam 11 malam tadi, sebuah lori ayam dari Pulau Pinang turut membantu menumpangkannya dari Gerik ke Tanah Merah.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah

Sumber : Facebook

Difahamkan, Muhamad Noor selamat tiba di rumahnya pada jam 11 malam, pada Selasa setelah mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan pada Ahad lalu.

Sementara itu, menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa memaklumkan suaminya mengambil keputusan untuk pulang selepas sebulan tidak bekerja.

Salma Syahbuddin