“Kalau Aku Dapat Ni, Aku Korek Biji Mata Dia…” – Ramai Bengang 10 Kereta Kena Langgar Dengan Lori Tapi Tiada Tuntutan Boleh Dibuat

Semalam tular dimedia sosial apabila sebuah lori dipercayai telah melanggar 10 buah kereta yang diparkir dibahu jalan di kawasan Kompleks E, Putrajaya.

Menurut  Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu lori terbabit telahpun dikesan dan diarah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Khamis.

Bagaimanapun, pihak polis memaklumkan tiada sebarang tuntutan dapat dilakukan oleh mangsa apabila Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) parcel E melaporkan lokasi itu telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenderaan.

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir,” katanya.

Justeru itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa bengang mereka dengan tindakan pemandu lori yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyebabkan kerosakan kenderaan mereka.

 

Justeru itu, pihak berkuasa difahamkan akan melakukan operasi di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali sekali gus akan mengeluarkan saman sekiranya terdapat pemilik kenderaan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang.

Salma Syahbuddin