Featured By: Salma Syahbuddin October 25, 2021 @ 3:38pm

“Konsert Boleh Pula, Kesian Yang Takde Rezeki Nak Pergi Mekkah…” – Ramai Bengang Isu Air Zam Zam Kini Tidak Dibenarkan Dibawa Pulang

Isu berkenaan status Air Zam Zam yang dilaporkan kini sudah tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ternyata mendapat perhatian ramai pihak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, TikTok yang dikenali sebagai @masjidbesi, Air Zam Zam kini sudah tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke tanah air terutamanya apabila jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.

“Assalamualaikum, kepada para mutawwif nak bagitahu untuk airport baharu, Air Zam Zam tidak dibenarkan untuk dibawa balik walaupun hanya 5 liter. 

“Jadi bagitahu jemaah untuk minum puas-puas di sini (Mekkah) sebab ia memang barangan larangan. Dan di airport juga tak ada jual zam zam dan mungkin ini rule terbaru dari kerajaan Saudi,” katanya.

Video berdurasi 54  minit itu kini telahpun ditonton sebanyak 435,000 tontonan dengan 30,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Ahad.

“Kesian siapa yang takde rezeki nak ke Mekkah,, nak minum Air Zam Zam”

Berdasarkan pemerhatian Xtra di laman sosial tersebut, rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila larangan ini dilaksanakan oleh kerajaan Saudi.

Namun, terdapat segelintir netizen yang bersetuju dengan undang-undang tersebut kerana mengandaikan bahawa ada jemaah yang membawa pulang Air Zam Zam dan kemudian menjualnya dengan harga yang tinggi.

Terdahulu, Allahyarham Harussani Zakaria yang juga bekas Mufti Perak dilaporkan mengulas isu ini dengan menyifatkan penjualan Air Zam Zam adalah tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

@masjidbesiAir Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia ##fyp ##airzamzam♬ original sound – Masjid Besi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 6 Oct 2019
familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Hiburan Wed, 24 Apr 2024
Hiburan Thu, 20 Feb 2020
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Artis Korea Kegilaan Ramai Ini Rupa-rupanya Sedang Hangat Bercinta

Love is in the air nampaknya kat artis-artis Korea ni kan? Daebak!