“Makin Ceria, Bersih Dan Berisi”- Tampil Pakai Gaun Elsa, Bella Saksi Terakhir Beri Keterangan Di Mahkamah

Kes penderaan membabitkan remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella mencuri perhatian apabila beliau sekali lagi hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Bella yang tampil dengan memakai gaun berwarna biru seakan-akan watak puteri Elsa dalam filem animasi, Frozen dilihat semakin ceria dan sihat,

Perkara ini turut dikongsi oleh aktivis kemanusian, Mona Din di laman Facebook miliknya sehingga menjadi tular di media sosial.

Bahkan, rata-rata warganet meningglkan komen dan berdoa agar keadilan berpihak kepada anak istimewa ini.

 

Memetik laporan Berita Harian, kehadiran Bella sebagai saksi pendakwaan ke-18 dibuat secara tertutup dan hanya boleh dilihat hakim, pihak pendakwaan dan peguam melalui rangkaian secara langsung.

Bahkan, Bella juga ditempatkan dalam sebuah bilik dengan ditemani seorang perantara yang juga doktor psikilogi dari Jabatan Peguam Negara dan seorang peneman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang prosiding dijalankan.

Menurut, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memohon supaya perbicaraan kes dijalankan secara tertutup memandangkan saksi adalah mangsa dalam kes berkenaan.

Untuk rekod, perbicaraan kes ini hampir mengakhiri peringkat pendakwaan, dan sebelum ini Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

 

 

Sumber: BH, FacebookInstagram 

Salma Syahbuddin