[VIDEO] Dilabel ‘Artis Murah’ Oleh Individu Tidak Dikenali, Riena Diana Dedah Terima Kiriman Mesej Biadap!

Pelakon, Riena Diana membuat perkongsian di Instagram Stories mengenai kiriman mesej yang diterimanya daripada individu yang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat individu itu mengirim kiriman dengan kata-kata yang kurang sopan terhadap Riena.

“Anjing. Artis murah,” kirim individu itu.

Tidak cepat melatah, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, tampil memuat naik video untuk membidas kiriman individu tersebut dengan berseloroh.

“Jahat mulut cakap kita artis murah… kita memanglah like… takkanlah nak letak mahal-mahal.

“Kalau mahal-mahal siapa nak ambil kita berlakon, betul tak? Gituuu,” balasnya.

Namun begitu, Riena turut menyatakan dia telah menyekat nombor individu yang tidak dikenali tersebut.

Atiqah Johari