Izara Aishah Selar Netizen Cuba Lagakan Neelofa & Fazura – “Tak Ada Sebab.. Mampos Netizen Nak Jawab Kat Akhirat”

Baru-baru ini, pelakon cantik Izara Aishah tampil membidas segelintir netizen yang tidak henti membanding-bandingkan dua selebriti iaitu Neelofa dan Nur Fazura.

Tiada angin tiada ribut, nama mereka berdua sering dikaitkan oleh sesetengah netizen baik dari segi penampilan, kerjaya, kejayaan serta perihal kehidupan peribadi mereka.

Ia ekoran perkongsian netizen yang berkongsi tangkap layar skrin satu blogger yang memaparkan jam tangan mewah Fazura mencecah RM4 juta tular baru-baru ini.

“Esok tengah hari dapat tengok mata + dahi + ubun-ubun Bilal. Pastu Hajjah pakai baju putih tak pun soft pink atau sandy grey,” tulis netizen berkenaan.

Kurang senang dengan perkara terbabit, aktres Vanila Coklat itu menerusi Twitter rasmi miliknya memuat naik beberapa ciapan meminta netizen untuk berhenti melaga-lagakan kedua-dua selebriti itu.

“Tapi kalau tak betul niat dia begitu, macam mana dia ni nak jawab fitnah kat akhirat ni? Same goes to Kak Faz.

“Kalau niat Kak Faz post tak ada kena mengena dengan apa yang netizen dok cakap ni, mampos netizen nak jawab kat sana.

“Banyak sangat orang cuba melagakan mereka for no reason,” tulisnya.


Menerusi ciapan lain, Izara turut mempertikaikan mengenai tujuan dan manfaat yang diperoleh sesuatu perkara yang dianggap tiada faedah kepada semua pihak.

“Dapat apa ya buat Tweet, TikTok dan sebagainya berunsur begini? Seronok ke? Tunggu sekejap, kita lihat sama ada di sana (akhirat) nanti seronok atau sebaliknya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, komen Izara itu telahpun dipadam oleh empunya badan setelah menerima reaksi negatif netizen.

Aqilah Paharuzi