Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan selawat tersebut.

@saharulridzwan7❤️ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

♬ original sound – SaharulRidzwan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dua adik beradik tersebut dan turut memuji cara didikan Saharul dan isterinya, Deena Amir kepada anak.

“Tahniah! Pandai mendidik si comel dengan cinta Rasulullah.

“Masya-Allah tabarakallah. Comel sangat ni, hebat didikan.

“Alhamdulillah. Didikan yang baik, keluarga yang beriman soleh.

“Masih kecil tapi sudah dibiasakan menutup aurat. Alhamdulillah ayah yang terbaik.

“Sejuk hati menengok anak-anak kecil ni. Alhamdulillah tarbiyyah yang mantap dan berjaya. Syabas,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 542,000 tontonan, 65,000 tanda suka dan lebih 1062 komen.

Dharnieya Nur Amelsa