Featured By: Marcella October 31, 2021 @ 3:20pm

“Selalu Potong Rambut Macam Nak Berperang” – Ibu Berjaya Potong Rambut Anak Ikut Cara Dalam TikTok

Seorang ibu mengalami situasi sukar setiap kali mencuba untuk memotong rambut anaknya yang masih kecil.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna laman TikTok bernama @chinta_honey87, ia memaparkan teknik istimewa yang digunakan ketika menggunting rambut si kecil.

@chinta_honey87

selalu potong rambut macam nk berperang finally berhasil jgk dr tunjuk ajar sifu di tiktok ni ha puassssssssssss #foryou #masukberanda #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Memetik laporan mStar, wanita bernama Wan Nora’asyikin Ismail, 34, mendapat inspirasi selepas menonton video di TikTok dari luar negara yang menunjukkan cara paling mudah untuk memotong rambut kanak-kanak.

Tambahnya, dia berpakat bersama anak sulungya, Wan Noor Ariana Abdul Rahim, 14, untuk mencuba teknik itu di rumah sambil diperhatikan suaminya.

“Saya berpakat dengan Ariana dan memberitahunya apa-apa pun kita kena cuba potong rambut adik dengan cara ini juga.

“Tetapi kami terpaksa tunggu adik tidur selepas penat bermain supaya dia tidak sedar apa yang kami lakukan.

“Suami saya tak habis-habis cakap tak payah la, sudah la. Bukan apa, cuma takut anaknya menangis nanti.

“Tetapi terpaksa juga potong kerana setiap hari Rizqullah menggosok mata kerana terganggu dengan rambut. Kalau kami nak ikat rambut pun, dia tak nak,” katanya.

Mesra disapa Nora, selepas melihat anak kecilnya tertidur, dia langsung mencuba teknik menggunting rambut yang dilihat dalam TikTok.

“Alhamdulillah Rizqullah tak terjaga langsung sebab sudah dimandikan dan berbaring sambil minum susu. Tiba-tiba saya lihat dia sudah tertidur akibat kepenatan bermain di siang hari.

“Terus saya panggil kakaknya untuk mengambil gunting, sikat dan sellotape yang kami sediakan untuk memotong rambut Rizqullah.

“Memang mudah kerja kami, dalam lima minit siap tanpa gangguan!

“Keesokan harinya kami tunjukkan video itu kepada Rizqullah dan dia terkejut sambil memikirkan apa yang berlaku,” katanya.

Nora menyarankan ibu bapa menggunakan kaedah ini untuk memotong rambut anak mereka yang membesar dalam situasi pandemik ini walaupun hanya rambut depan.

Tambahnya, bagi mereka yang menghadapi masalah membesarkan anak dalam situasi pandemik, anda perlu bersabar dan mencari jalan untuk menanganinya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Nov 2021

Park Shin Hye Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Choi Tae Joon

Pelakon Park Shin Hye dan teman lelakinya yang juga pelakon Choi Tae Joon, akan berkahwin pada Januari tahun depan. Agensi pengurusan Park Shin Hye, SALT Entertainment mengumumkan berita itu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di […]

Fab Foodies! Thu, 30 May 2019

How to Be A Tea Connoisseur? Here’s 5 Interesting Facts About Tea That You MUST Know!

This particular brand of tea puts you to a deep restful night seep..

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

‘Serasi Biar Nampak Ori’- Ini Kriteria Dicari Scha Alyahya Dalam ‘Lagu Cinta Kita’

Pasangan dengan markah terendah akan tersingkir, pemenang yang berjaya akan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000.

Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Trending Tue, 27 Mar 2018

AirAsia Employees KISS Luggage Bags as Sign of Apology to Passengers

These dudes literally kissed each and every one of those bags!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ernie Berhasrat Membuat Rawatan Lasik

Semoga dipermudahkan rezeki Ernie