Categories: Kisah ViralTrending

Terkejut Melveena Tiba-Tiba Bertudung, Syafiqah Melvin Seronok Membahan Sampai Jatuh Kerusi Ketika Live

Adik-beradik The Melvins, Syafiqah, Syatilla dan Melveena sekali lagi meraih tumpuan dalam kalangan peminat selepas melihat gelagat mereka ketika live.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syafiqah atau lebih mesra disapa Kak Long kelihatan seronok membahan adik bongsunya, Melveena yang tiba-tiba bertudung ketika live.

“Tiba-tiba pakai tudung. Lepastu, esok tu tudung takdak atas kepala dah.

“Orang nak pakai tudung benda salah ke? Biarlah orang nak try dulu. Dak la ni (sekarang ni) nak tanya benda salah ke? Dalam agama dilarang ke pakai tudung?,” gurau mereka.

Baru sahaja mahu membongkarkan sebuah rahsia, Melveena terus menekup mulut Syafiqah dari meneruskan bait ayatnya sehingga terjatuh dari kerusi.

Terkejut dengan gelagat dua beradik itu, Syatilla terus muncul dan mentertawakan Syafiqah tanpa membantu.

“Aku saksi Kak Long jatuh,” katanya.

@farahaida.co Kaklong okay tak tuuu 😂😂😂 #adikberadikthemelvin #syifamelvin #syatillamelvin #syafiqamelvin #syidamelvin #fyp #racuntiktok ♬ original sound – FarahAida.Co

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat tiga beradik itu.

Malah, ramai yang memuji dan menyokong niat baik Melveena untuk memakai tudung.

Fatin Nurain