Categories: Trending

Kofi Annan Meninggal Dunia Di Geneva

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan meninggal dunia, semalam.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya, Annan meninggal dunia pada usia 80 tahun di samping isterinya Nane, dan anak-anak mereka Ama, Kojo dan Nina 

Menurut laporan media antarabangsa, Annan menghembus nafas terakhirnya di Geneva, Switzerland.

Annan, seorang anak kelahiran Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006.

Antara lain, Annan merupakan pengasas dan pengerusi Kofi Annan Foundation dan pernah berkhidmat sebagai wakil khas PBB ke Syria, mengetuai usaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di negara itu. 

SGMS Faida