Trending By: Salma Syahbuddin August 10, 2020 @ 10:46am

Lagi Kluster PUI Sivagangga, Pulau Pinang Catat 3 Kes Positif Covid-19

Penekanan mengenai kepentingan pengesanan kontak selepas tiga kes positif Covid-19 dicatatkan perlu dipandang serius selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Lebih 100 orang terlibat

Tambahnya lagi, lebih 100 orang yang ada kaitan dengan kes positif berkenaan sudah dihubungi dan disaring, dengan majoriti daripada mereka disahkan negatif virus berkenaan.

” Kita masih menunggu beberapa keputusan lagi. Apa yang penting adalah pengesanan kontak supaya ujian dan pengasingan dapat dijalankan. Jika perlu, mereka yang dijangkiti dirawat segera

Catat 3 kes baharu

Pulau Pinang merekodkan tiga kes positif Covid-19 sejak Ahad, dengan dua daripadanya adalah daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga dan satu lagi, di bawah Kluster Kurau yang dikesan di Perak.

Kes pertama bagi Kluster Kurau (kes ke-9,050) dilaporkan pada 7 Ogos lalu, manakala kes kedua (kes ke-9,082) adalah abang ipar bagi kes pertama, yang dikesan melalui pengesanan kes aktif dan saringan kontak rapat.

Sekaligus, seluruh ahli keluarga kes berkenaan di Pulau Pinang disaring. Pada 9 Ogos lalu, pesakit itu disahkan positif, manakala lima lagi ahli keluarganya negatif.

Tamatkan status zon hijau

Jumaat lalu, Pulau Pinang merekodkan satu kes positif COVID-19, sekali gus menamatkan status hijau negeri itu sejak tiga bulan lalu. Dengan kes baharu tersebut, jumlah jangkitan meningkat kepada 125 orang di negeri itu.

Kon Yeow turut meminta orang ramai supaya kekal tenang dan tidak berkongsi maklumat yang tidak disahkan.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Sat, 16 Dec 2023
Featured Sat, 29 Oct 2022

“Tak Perlu Ada Pressure!” – Pesanan Makan Dalam Aisyah Habshee Raih Perhatian

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan cara bersosial di dalam kehidupan seharian. Aisyah menjelaskan dirinya juga pernah mengalami masalah bersosial dengan masyarakat menerusi video berdurasi 28 […]

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Trending Wed, 12 Dec 2018

Gelagat Selebriti Malaysia Melihat Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam

Malaysia bakal beraksi di final kedua pada Sabtu, 15 Disember.