Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 9, 2020 @ 11:28am

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Gandingan mantap pengacara popular Elly Mazlein dan Azwan Ali ternyata menghangatkan pentas Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang baru sahaja bermula malam tadi.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah persembahan peserta dan komen dari juri cinta ternyata lebih ‘panas’.

ARTIKEL BERKAITAN : Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Mas Idayu dan Hael Husaini bertindak sebagai juri cinta dan komposer terkenal, Ajai menjadi juri jemputan untuk minggu pertama ini.

Jom kita recap komen dan persembahan episod pertama LCK2.

Kael & Evie

Sumber : @tv3malaysia

Membawakan lagu Fantasia Bulan Madu, kedua-dua peserta nampaknya memberikan persembahan yang bertenaga sehingga juri cinta mengakui chemistry diantara kedua-duanya kuat walaupun baru pertama kali berjumpa dan menyanyi di atas pentas.

Mas Idayu : Kael dan Evie, awak sebenarnya tak kenal antara satu sama lain. Pandangan Mummy, chemistry awak, kerana suara, awak berdua boleh terpikat antara satu sama lain. Itu yang Mummy nampak. Walaupun belum tengok muka eh. Jadi, keserasian vokal itu ada. So, untuk next Mummy nak tengok keserasian diri anda berdua pula, untuk lagu yang lain pula. Untuk yang ini, Mummy sangat suka!

Amir & Balqis

Sumber : @tv3malaysia

Pasangan kedua membuat persembahan di pentas LCK2 ini telah memilih lagu Paling Comel nyanyian duet yang pernah dipopularkan oleh Siti Nordiana dan Allahyarham, Achik Spin. 

Bagaimanapun, juri cinta meminta agar pasangan duet ini belajar lebih banyak mengenai teknik nyanyian dan persembahan.

Sumber : @tv3malaysia

Hael Husaini : Bila korang menyanyi tadi, saya kat bawah ni rasa, korang ada vibes boleh buat orang yang menonton ceria, happy bila tengok. Korang ada aura boleh buat orang di luar sana nampak korang ada keserasian itu. Dan dari segi nyanyian, korang melengkapi each other cuma Amir, saya perasan tadi Amir macam agak malu-malu sikit. 

Mas Idayu : Kalau Mummy, pasangan duet ini perlu banyak belajar. Jangan sorang je jadi lagi bagus. Tapi, Mummy rasa macam nak tengok lagi. Tapi kena belajar banyak!

Ajai : Cuma, diorang ada telinga. Pasal, tadi ada berapa kali tukar key. Tak semua orang, boleh nyanyi tepat bila tukar key. Congratulation!

Akmal & Fatin

Gandingan sweet pasangan ini menerusi lagu Kau Ilhamku ternyata mengundang kontroversi dikalangan juri cinta dan juga penonton. Mana tak nya, Mas Idayu dan Ajai sempat ‘bergaduh’ ketika memberikan komen mengenai persembahan Akmal dan Fatin.

Sumber : @tv3malaysia

ARTIKEL BERKAITAN : Mas Idayu Jadi Juri Cinta! Agaknya Mummy Garang Ke Tak Nanti Dalam LCK2?

Hael Husaini : Dari segi persembahan, ada nampak chemistry tu sikit dan korang pun pandai harmonise semua which is good untuk penyanyi berduet. Tapi… saya tak dapat rasa. Rasa tu dia tak sampai kat saya.Korang menyanyi macam mendatar.

Ajai : Lagi satu, korang punya chemistry tonetu. Kita cerita pasal vokal ya, tone korang tu. Yang satu is rounded, yang satu dia high pitch

Mas Idayu : Sangat different dengan Mummy, terpulang itu pendapat masing-masing. Kalau Mummy, dari segi vokal awak sebenarnya masuk. Awak sebenarnya, hanya lagu sahaja yang nampak mendatar. Tapi diorang tak kenal awak, diorang tak nak cuba. Kalau Mummy nak lagi tengok korang kerana, lagu itu awak dapat memberikan sesuatu kepada pasangan awak. Mummy dapat rasa.

Annisa & Syafiq

Sumber : @tv3malaysia

Membawakan lagu Mewangi yang dipopularkan oleh kumpulan Akim & The Majistret, pasangan Annisa & Syafiq juga menerima nasib yang sama seperti pasangan Akmal dan Fatin apabila mendapat hanya satu undi sahaja dari juri cinta.

Mas Idayu : Ni telinga Mummy eh. Kalau sorang sahaja yang betul-betul beria-ia, yang perempuan nya chemistry nya dibuat-buat. Kalau anda betul-betul ada chemistry bagi orang rasa bukan sorang sahaja. Yang lelaki nampak tapi, yang perempuan tidak memberi sepenuh hati. Itu yang Mummy nampak. Kita nak dua, bukan kita nak sorang.

Sumber : @tv3malaysia

Ajai : Macam mana pun, kalau orang cakap chemistry cinta tapi ada nyanyiannya. So, saya dengar Annisa ada banyak mistake pada not. Memang program ni, cinta perlukan chemistry, tapi dia ada nyanyi. Kalau orang nak hentam saya pun, hentam lah! Macam mana pun nyanyian, mesti ada markah untuk sumbang dengan tak sumbang, itu je!

Hael Husaini : Syafiq saya tengok tadi dia memang sangat bagus, pandai kawal keadaan, mungkin Annisa ada kesilapan sedikit pasal nyanyian ada sedikit flat tapi, bagi saya diorang build up diorang punya keserasian. Itu yang paling penting. 

Serra & Hakim

Memilih lagu Sempurna, Serra dan Hakim juga antara pasangan yang tidak dapat memikat hati juri cinta apabila persembahan mereka dianggap sebagai ‘syok sendiri’. 

Sumber : @tv3malaysia

Hael Husaini : Secara personally, untuk Hakim saya rasa competition ini bukan untuk anda. Sebab kalau saya nampak tadi, Serra banyak bagi kat awak walaupun mungkin awak tak nampak dia tapi, cara dia menyanyi dia try bagi banyak chemistry. Tapi saya nampak awak, awak banyak pejam mata dan lebih fokus kepada diri anda. Serra, saya suka tone anda, saya suka nyanyian awak, awak ada that tone yang sangat soothing, tapi chemistry tu tak ada.

Ajai : Penjiwaan tu banyak pada Serra sebenarnya.

Mas Idayu : Bagi Mummy, dua-duanya syok sendiri.

Mafa & Hariz

Nampaknya, persembahan duet antara Mafa dan Hariz bukan sahaja mendapat pujian malah, standing ovation dari juri cinta menerusi lagu pilihan mereka, Mencintaimu. Persembahan penutup yang dianggap menarik ini sekaligus dijadikan contoh buat peserta LCK2 minggu ini. 

Sumber : @tv3malaysia

Ajai :  Ini baru menyanyi yang boleh jadi penyanyi. Faham.

Mas Idayu : Bukan hanya suara, Mummy nampak diorang macam kenal lama. Dari hujung rambut sampai hujung kaki ada keserasian. Wow!

Hael Husaini : Terima kasih kerana memberi persembahan penutup yang sangat bagus untuk malam ni. Kepada semua peserta yang dah tengok tadi, ini adalah salah satu contoh chemistry yang kita perlukan. So, ini benchmark yang you dah set malam ni. So, tak sabar!

Sumber : @tv3malaysia

Bagaimanapun, episod pertama LCK2 menyaksikan penyingkiran dua pasangan iaitu, Akmal, Fatin, Hakim dan Annisa. Manakala, pertukaran pasangan juga berlaku antara Syafiq dan Serra yangmasih diberi peluang untuk beraksi untuk episod seterusnya dalam pentas LCK2.

Jangan lupa teruskan sokongan korang dalam Lagu Cinta Kita 2 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia turut boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.  

https://www.youtube.com/watch?v=_t-_lGAWJfk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023

Anak Istimewa Sudah Mula Berjalan, Edry KRU Tak Halang Cahaya Mata Terus Tinggal Di Luar Negara

Alhamdulillah banyak dah perubahan, moga yang baik-baik sahaja

Featured Wed, 10 Sep 2025

Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

Foto tular didakwa diambil usai kedua-duanya bermain pickleball.

Hiburan Wed, 15 May 2024

Patimah Ismail Pernah Merajuk, Lari Rumah Sebulan Gara-Gara Sangka Yusof Haslam Curang

Makan bertahun-tahun juga Datuk Yusof Haslam nak pujuk Datin Patimah ek

Featured Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Featured Mon, 22 May 2023
Trending Thu, 29 Mar 2018

Kes Dera Amah, ‘Datin’ Kejam Ke Penjara Bermula Hari Ini!

Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44, selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Trending Mon, 25 Jun 2018

Isteri Dato’ Seri Aliff Syukri Selamat Melahirkan Anak Keempat. Tahniah H&H Ucapkan!

Shahida melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

Trending Fri, 12 Nov 2021

Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam. Permohonan itu difailkan plaintif terhadap Nynaa […]

error: Content is protected !!