Trending By: Ad Ops July 11, 2018 @ 2:00pm

Lepas Aliff Syukri, Aliff Aziz Pula Kongsi Video Isterinya Bersalin Tapi Mesejnya Menyayat Hati

Pada 25 Jun lalu, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang melahirkan anak bongsu mereka.

Menurut netizen, dia telah membuka aib isterinya kerana momen ini adalah sesuatu yang private bagi mereka berdua, bukannya untuk dikongsikan dengan satu dunia.

Yang peliknya, bila Aliff Aziz memuat naik video throwback isterinya pula ketika dia melahirkan anak mereka tahun lalu, para netizen tak pula marah pada pelakon Singapura itu.

Mungkin sebab posting pada 8 Julai itu adalah sempena hari jadi pertama anak teruna pasangan ini, yang bernama Ayden Adrean.

Mungkin juga sebab untuk caption, Aliff telah meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada isterinya Bella Astillah kerana telah berhempas pulas lahirkan cahaya mata mereka.

“Tepat hari ini pada tahun lepas, sebuah hadiah daripada Tuhan telah mengubah hidup saya. Inilah hari pertama Ayden di dunia ini.

“Terima kasih kepada mummy @bellaastillah atas sebab kepayahan dan kesakitan yang dia alami ketika bersalin. Semoga Allah lindungi kamu berdua,” tulis Aliff.

“Selamat hari lahir pertama kepada Ayden, yang membawa kebahagiaan yang tak terhingga kepada hidup kami. Ayah doakan Ayden membesar dengan baik, sihat dan cerdik. Ayah dan ibu sayang kamu.

“Kepada mummy @bellaastillah terima kasih atas pengorbanan dan kesabaran kamu dalam setiap jatuh bangun. Semoga Allah membimbing kita ke arah kehidupan yang bahagia bersama. Amin.”

Reaksi netizen rata-ratanya positif. Mereka memberi komen tentang betapa peritnya pengalaman melahirkan anak dan para ibu patut disanjung kerana pengorbanan mereka.

Ada sesetengah netizen pula memberi nasihat kepada Aliff supaya sentiasa menghargai jasa penat lelah Bella.

Maklumlah, pada tahun lepas juga Aliff pernah terlibat dalam sebuah kontroversi di mana dia dilaporkan bermain kayu tiga dengan pelakon Afifah Nasir ketika Bella masih lagi dalam pantang.

Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September, 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 May 2021

Wajib Ada Insurans Bagi Jemaah Umrah Kerana…

Wajib ada insurans bagi jemaah okay!

Trending Tue, 10 Sep 2019

Lelaki minta tunang buktikan masih dara, Dr Amalina kesal!

Fakta: dara boleh hilang sekalipun tidak pernah melakukan hubungan kelamin

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Featured Sun, 4 Jul 2021

Daftar Sekarang Dan Mohon Bantuan Ibu Tunggal Bernilai RM300 Sebelum 5 Julai

Menerusi insentif PENJANA tahun lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Khas Ibu Tunggal bernilai sebanyak RM300 secara one-off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi tahun ini, pelaksanaan

Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini.

Featured Wed, 28 Dec 2022

| Live TV