Categories: Trending

Luah Perasaan Sedih Di Instagram, Pengiran Abdul Mateen Dedah Punca Sebenar Kemangkatan Kekandanya

Minggu lalu, rakyat Brunei telah dikejutkan dengan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang baru berusia 38 tahun.

Selepas lama bertarung dengan penyakitnya, Pengiran Muda Azim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi, Sabtu lalu.

Abang Saya Menghidapi Auto Immune Disease – Pengiran Muda Mateen

Selepas lama mendiamkan diri dan berkabung di atas kematian kekandanya, Pengiran Muda Abdul Mateen akhirnya kembali ke Instagram dengan memuat naik sebuah posting mengenai keadaan sebenar penyakit kekandanya.

Menurut Pengiran Muda Mateen, abangnya menghidapi penyakit autoimun yang menyebabkan antibodi menyerang tisu badan. 

Pengiran Muda Mateen turut memberitahu mereka sekeluarga masih terasa dengan pemergian Pengiran Muda Azim yang disifatkan sebagai seorang yang periang, pandai berjenaka dan ‘full of life’. 

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah antaranya adalah kerabat diraja Johor, Tunku Abdul Rahman, selebriti Holywood Naomi Campbell dan ramai lagi.

Kami di Xtra merafak sembah takziah buat Sultan Brunei sekeluarga. Al-Fatihah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”