Categories: Trending

Tarikh Tutup GKP 2.0 31 Oktober Ini

Untuk makluman semua, permohonan bagi inisiatif Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan ditutup pada 31 Oktober ini.

Permohonan terbuka buat PKS mikro

Permohonan terbuka buat semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

“PKS mikro yang layak bakal menerima bantuan sekaligus berjumlah RM3,000 untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini dengan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  pada pembentangan Laporan Laksana ke-27 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di laman Facebooknya, hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”