Categories: Trending

Vaksin COVID-19 Sedang Dikaji, Malaysia Harap Diberi Keutamaan Terima Vaksin – Ketua Pengarah Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media semalam berkata perbincangan kini sedang dilakukan bersama beberapa negara yang dikenalpasti mempunyai keupayaan mengeluarkan vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, penyelidikan terhadap vaksin itu perlu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu untuk mengkaji kesan sampingannya.

Malaysia dipilih sebagai tempat untuk melakukan kajian

Tambah beliau, Malaysia telah dipilih untuk dijadikan tempat melakukan kajian sebagaimana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaksanakan rawatan.

“Contohnya ada empat kumpulan ubat, Malaysia dikenal pasti sebagai sebuah negara yang boleh menjalankan kajian (ubat) itu.

“Begitu juga jika boleh berbincang dengan negara yang mengeluarkan vaksin, kita bersedia menerima vaksin itu untuk menjalankan kajian, kita boleh pantau sama ada vaksin itu berkesan atau tidak,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa negara untuk menjalinkan bekerjasama, selain turut menerima cadangan daripada negara lain bagi membantu negara tersebut dalam ujian klinikal itu.

Antara negara itu termasuk China, United Kingdom, Korea Selatan, India dan Bosnia.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, walaupun Malaysia tidak mempunyai keupayaan asas dalam mengenalpasti vaksin tetapi Malaysia boleh menyumbang dalam proses pembuatannya.

Sumber: Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”