Categories: Trending

Tamatkan PKP? 6 Kriteria Ini Perlu Ada Untuk Tentukan PKP Disambung Ataupun Tidak

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr. Noor Hisham memberitahu bahawa ada enam kriteria yang perlu diambil kira bagi menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberikan pandangan serta sumber dan data kepada Perdana Menteri sebelum keputusan tentang PKP ini diputuskan.

Menurut beliau menerusi sidang media harian Covid-19, kriteria pertama yang perlu ada adalah kawalan sempadan. Perkara ini penting bagi mengelakkan kes import berlaku pada waktu ini.

Kriteria kedua, kawalan pergerakan juga perlu dilakukan untuk memastikan tiada rakyat tempatan dijangkiti. Hal ini menjadi asbab utama mengapa rakyat perlu berada di rumah.

Kriteria ketiga pula adalah berkenaan peningkatan fasiliti kesihatan manakala kriteria keempat adalah keperluan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya (OKU).

Beliau juga menjelaskan bahawa kriteria kelima adalah berkenaan mengadaptasi norma baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, menjaga penjarakan sosial serta memakai topeng muka.

Kriteria terakhir adalah memperkasakan komuniti yang penting untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu.

Namun apa yang paling penting pada waktu ini adalah stay at home ye. Barulah rangkaian wabak ini lebih mudah diputuskan.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover