Categories: FeaturedTrending

Menteri Kesihatan Beri Bayangan Rentas Negeri Akan Dibenarkan Seawal 18 Mac

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Mengikut Zon & Status Bekerja Dari Rumah – Ismail Sabri

Terbaru, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bahawa cadangan ini akan dibawa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan pihak kementerian.

“Oleh itu, kami telah memutuskan bahawa tidak akan ada perjalanan antara negeri hingga 18 Mac,”

“Selepas 18 Mac, kami akan melihat apakah data menunjukkan peningkatan, kerana kita telah berhasil menurunkan lengkuk ketika ini.” katanya kepada Malay Mails, sambil menambah bahawa ia akan dikaji secara berkala.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”