Trending By: Syafiqa Irdina March 17, 2020 @ 9:25am

Muncul Di Pentas Nyanyian Setelah Pemergian Suami, Kini BCL Lebar Sayap Buka Perniagaan Selendang Pashmina Sendiri!

Selepas pemergian suami kepada aktres cantik, Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu, nampaknya BCL tidak hanya duduk diam, namun wanita itu telah mula bekerja bagi mencari sumber pendapatan buat diri dan anaknya Noah. 

Meskipun masih diselimuti duka dan kesedihan, Bunga masih bertindak profesional apabila kembali menyanyi semasa Konsert Friday Fusion di SQ Dome serta muncul sebagai artis jemputan di Konsert Ronan Keating di Grand Ballroom Pullman Hotel Central Park, Jakarta Barat pada hari berikutnya.

BCL turut menjadi juri di Indonesian Idol selepas itu. Terbaharu, BCL telah mula berjinak dalam bidang perniagaan apabila baru-baru ini beliau telah memuatnaik foto yang menunjukkan koleksi selendang miliknya secara dalam talian menerusi laman Instagram rasmi @rumahbcl.

Akaun rasmi perniagaan milik BCL itu dilihat telah menerima kira-kira seramai 14.7 ribu jumlah pengikut selepas 12 hari dibuka.  Kira-kira 18 foto logo dan jenis selendang yang dijual telah dimuatnaik di akaun tersebut.

 

 

Sumber foto: Instagram rumahbcl
 

Ibu Jadi Model

Foto ibu kepada BCL, Emmy Syarif dilihat turut mengenakan selendang pashmina produk itu. Selain itu, ibu mentua Bunga iaitu Khadijah Abdul Rahman atau Dida turut memuat naik foto tudung tersebut di laman Instagram pada Isnin.

 

Sumber foto: Instagram rumahbcl

 

Rata-rata ramai peminat memberikan reaksi positif dan membuat pesanan terhadap produk BCL itu. Malah, ada yang berharap selendang itu mudah didapati di Malaysia. 

 

 

 

 

Tahniah Xtra ucapkan dan semoga maju jaya Kak Unge!

 

Baca Juga: [VIDEO] Sanggup Temani Bunga Hingga Akhir Konsert Ronan Keating, Ketabahan Noah Sinclair Dipuji

Baca Juga: Nyanyikan Lagu “Tak Mungkin Bersama”, Judika Bikin Bunga Citra Lestari Menangis Teresak-esak

Baca Juga: [TRENDING] Antara Momen Semasa Konsert BCL, Nombor 4 Paling Sedih!

 
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Nov 2021

Bengang Sampai Menggigil Tahan Marah! Wanita Sedih Bila Mekanik Bawa Lari Enjin Kereta

Kisah seorang wanita membuat lawatan mengejut ke bengkel untuk melihat kereta kesayangannya apabila mekanik kereta itu memberikan pelbagai alasan mendapat perhatian. Apa yang mengejutkan, wanita itu tidak menyangka dia melihat bahagian dalam kereta miliknya dilarikan […]

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

Trending Fri, 5 Jul 2019

Pemilihan pelakon utama The Little Mermaid cetus kontroversi

Ramai tidak puas hati dengan keputusan Disney

Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Fri, 30 Oct 2020