Categories: OMG

Penyampai Berita TV3 Ini, Umum Letak Jawatan

Siapa yang tidak kenal dengan penyampai berita yang baru-baru ini sedikit sebanyak turut terkena tempias PRU-14 apabila netizen melabel beliau sebagai seorang yang tidak telus dalam melakukan kerjaya beliau sebagai seorang penyampai berita.

Namun, semalam beliau telah mengejutkan penonton apabila mengumumkan telah meletakkan jawatan pada Jumaat yang lalu.  Dan, sejak 16 tahun menjalankan tugas sebagai penyampai berita, Buletin Utama rasanya ramai rakyat Malaysia juga akan turut merindui suara dan penampilan beliau di kaca TV.

Walaubagaimana pun, menurut teman rapat beliau yang juga penyampai berita iaitu, Mior Abdul Malek Raiyani, perletakan jawatan Izwan setelah berkhidmat di TV3 sebagai penyampai berita turut mengundang rasa sedih dikalangan mereka. Lebih-lebih lagi hubungan mereka bukan setakat rakan sekerja malah, sudah seperti adik-beradik. Namun, pemergiannya itu adalah kerana beliau telah mendapat kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada seorang menteri.
” Secara jujur rujukan saya sebagai penyampai berita ialah beliau. Kredibiliti beliau juga adalah dambaan produksi berita dan rujukan wartawan dan penyampai.” Katanya
Manakala, kenyataan lainjuga turut dibuat oelh rakan sekerja mereka iaitu Amanda Lopez apabila menerusi instagram milik Amanda, beliau memberitahu bahawa Izwan sebenarnya berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.
Apa yang kami harapkan adalah semoga kerjaya Izwan Azir Salleh terus berkembang dan kami sebagai rakyat Malaysia khasnya akan merindui suara dan kredibiliti penyampaian beliau sebagai seorang penyampai berita Buletin Utama, TV3.
Salma Syahbuddin