Categories: Trending

Pakej Bantuan Berskala Besar & Sedia Ada Akan Disalurkan Secara Berterusan

Sebelum ini,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada media sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-45 Perindustrian Kebangsaan Malaysia NCCIM bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi berskala besar yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Ini kerana, kerajaan masih mempunyai peruntukan sebanyak RM215 billion untuk dibelanjakan sehingga akhir tahun. Manakala, sebanyak RM200 billion telah disalurkan menerusi pakej rangsangan ekonomi  sebelum ini.

“Selain pengumuman Pelan Pemulihan Negara, saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai pakej bantuan ekonomi tidak lama lagi.

“Apapun saya tidak mahu membuat kenyataan awal mengenai pengumuman itu,” katanya.

Bantuan berterusan buat rakyat & peniaga

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam laporan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – LAKSANA KE-58 memaklumkan,  bantuan sedia ada akan dilaksanakan secara berterusan termasuklah, bantuan di bawah Pakej PEMERKASA PLUS yang diperkenalkan sebelum ini

Ianya berdasarkan baki RM100 billion menerusi pakej rangsangan ekonomi serta RM200 billion dari belanjawan 2021 yang masih belum digunakan.

Setakat ini, kerajaan telah melindungi individu yang hilang pekerjaan dan juga mereka yang terjejas dalam  sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang fasa 1,2 dan 3.

Dan, rakyat juga boleh mendapatkan moratorium pinjaman 3 bulan ATAU pengurangan bayaran pinjaman sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

Malah, sektor perbankkan diminta untuk mempermudah pelaksanaan bantuan moratorium kepada mereka yang memerlukan.

Salma Syahbuddin