Categories: Trending

Penceramah Bebas Ditahan Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

Seorang ustaz yang turut bergelar penceramah bebas dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki yang baru dua hari dikenalinya ditahan semalam.

Penceramah itu dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki yang baru dua hari dikenalinya, dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.

Menurut laporan BH Online, suspek berusia 32 tahun ditahan pada jam 3 petang di pondok tempatnya mengajar.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, mangsa berusia 30 tahun dikatakan keluar dengan suspek menaiki kereta dipandu suspek, malam kelmarin.

“Lebih kurang 1.15 pagi semalam, suspek menghantar mangsa ke sebuah bilik hotel dan ketika berada di hotel berkenaan, suspek didakwa mencabul mangsa dengan mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa.

“Menurut mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluannya ke peha mangsa. Susulan kejadian itu, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Shafien, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang belum berkahwin baru mengenali suspek dua hari sebelum kejadian, ketika berada di sebuah pasar raya di sini.

“Menurut mangsa, sebelum kejadian suspek menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama sebelum berlakunya kejadian itu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Sumber: BH Online

Padin